Make your own free website on Tripod.com

Pengalaman ngeri ini berlaku beberapa tahun dahulu disebuah kampung yang terpencil diselatan tanah air. Ketika itu aku sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sambilan sebagai kelindan lori. Aku bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan yang membawa barangan kesetiap tempat di Johor termasuklah kedaerah-daerah yang terpencil.

Pada suatu petang, lebihkurang jam 5:30 penyelia tempat aku bekerja mengarahkan aku mengikut seorang pemandu lori untuk menghantar barangan kesebuah kampung dipendalaman. Katanya barangan itu perlu dihantar hari itu juga. Memandangkan hari sudah lewat petang, pada mulanya aku agak keberatan kerana waktu habis bekerja sudah hampir iaitu jam 6:00. Aku diberitahu yang gaji kami akan dibayar dua kali ganda untuk tugas yang kami lakukan. Aku terus setuju kerana kalau balik rumah pun, tidak ada apa-apa rancangan. Lebih baik aku bekerja, dapat juga menambah wang saku.

Perjalanan kami ke kampung tersebut mengambil masa selama dua jam. Kami sampai kedestinasi jam 7:30. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib. Setelah segala urusan selesai, hari sudah mula gelap. Kami singgah disebuah warung untuk mengisi perut. Keadaan dikampung itu agak berlainan sedikit dari tempat-tempat ini. Disitu suasananya sunyi, cuma sekali-sekala kelihatan motosikal lalu-lalang memecah kesunyian malam. Warung yang kami singgah itu pun menggunakan lampu gasolin. Mungkin bekalan elektrik belum sampai kekawasan ini, fikir hatiku. Tuan punya warung sedang berkemas-kemas untuk menutup kedai. Waktu menunjukkan jam 9:30.

Sewaktu membayar harga makanan, tuan punya warung, seorang pakcik tua, menasihati kami agar berhati-hati ketika memandu diwaktu malam kerana menurutnya dua minggu yang lepas salah seorang penduduk kampung itu, seorang wanita yang sarat mengandung, telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Keadaannya amat mengerikan. Dia telah digilis dan diheret beberapa meter dari tempat kejadian sehinggakan mayatnya sukar dikenali. Perasaanku bercampur ngeri dan simpati mendengar cerita pakcik tadi.

Sebaik sahaja kami melangkah keluar menuju ke lori, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Sipemandu menyumpah kerana keadaan seperti itu akan menyulitkan perjalanan. Aku cuma berdiam diri. Keadaan menjadi bertambah gelap dengan langit yang mendung dan dentuman guruh yang sayup-sayup kedengaran menandakan hujan lebat akan turun.

Kami menghadapi masalah mencari jalan keluar kerana kami tidak biasa dengan jalan dikampung tersebut ditambah lagi dengan cuaca yang tidak begitu baik.
Kami mengambil keputusan untuk kegerai tadi semula untuk mendapatkan bantuan, tetapi malangnya gerai tersebut susah tutup. Kenderaan lain pun tidak kelihatan. Kami tertekad untuk mencari jalan keluar biar pun mengambil masa yang lama. Sipemandu tidak henti-henti menyumpah seranah dirinya sendiri kerana sanggup melakukan tugas tersebut semata-mata inginkan bayaran gaji lebih untuk hari itu. Aku cuma berdiam diri.

Apabila kami sampai kesuatu kawasan dimana kelihatan sebuah rumah kayu usang yang seperti sebuah surau, aku ternampak sesusuk tubuh sedang berdiri dibawah pokok besar yang rimbun. Hujan sudah mula lebat. Apabila kami menghampiri pokok tersebut, kelihatan seorang perempuan berkain batik dan berbaju T lusuh sedang mengendung bayi yang ditutupi dengan kain putih. Mungkin untuk melindungi bayi itu dari terkena hujan. Kami berhenti untuk bertanya. Wanita tadi cuma menundukkan mukanya. Dari gerak-gerinya, dia kelihatan seperti seseorang yang sedang menangis teresak-esak. Aku memberi salam, tetapi tidak diendahkan. Sipemandu yang memang sudah terkenal dengan sikap panas baran, hilang sabar. Dia terus turun dari lori dan mendekati wanita tadi. Wanita itu masih tunduk sambil teresak-esak. Dengan suara yang agak tinggi, sipemandu bertanya kepada wanita itu kenapa dia berada disitu. Wanita itu terus tunduk dan teresak-esak. Oleh kerana hilang sabar, sipemandu terus menengking sambil menghenjut bahu wanita tadi. Kali ini wanita itu mengangkat mukanya. Jantungku serta-merta terhenti apabila melihat wajah wanita itu. Matanya kosong, mukanya dipenuhi darah dan luka-luka. Dengan suara yang garau dia berkata, "Kau yang membuat aku begini." Sambil dia membuka kain putih yang menyelimuti bayinya. Rupa-rupanya bayi itu adalah sebuah nisan kayu yang berdarah. Sipemandu terus jatuh pengsan. Wanita tadi terus berpaling kearah aku. Aku menggigil. Dia seperti terawang-awang dan menghampiriku. Aku terus melompat keluar dan lari sekuat-kuat hatiku tanpa menoleh kebelakang. Entah macam mana kakiku tersangkut akar. Aku tersungkur. Pandanganku berpinar-pinar. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya. Aku cuma terlentang. Dikiri-kananku kelihatan batu-batu nisan. Diatasku kelihatan sesuatu berwarna putih terawang-awang. Aku terus tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Apabila tersedar, aku dikelilingi oleh orang-orang kampung. Aku berada didalam surau bersama dengan sipemandu. Keadaan diluar masih gelap. Pakcik peniaga warung pun ada disitu. Dia menepuk bahuku, menyuruhku bangun untuk mengambil air sembahyang. Waktu subuh dah masuk katanya. Setelah selesai berjemaah kami menceritakan pengalaman ngeri kami kepada semua yang ada. Mereka cuma mengangguk-nganggukkan kepala mendengar cerita kami. Sewaktu bersarapan diwarung pakcik tua, dia memberitahu kami kemungkinan besar kami bertemu dengan langsuir dibawah pokok kekabu bersebelahan dengan surau. Dibelakang pokok itu ialah tanah perkuburan dimana mayat wanita yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari dikebumikan.

Menurut pakcik itu lagi, mungkin roh wanita itu tidak diterima bumi maupun langit kerana dia telah banyak membuat dosa semasa hayatnya. Dia telah menduakan suaminya dan anak yang dikandungi itu bukan dari suaminya. Sewaktu malam kejadian, dia telah dihalau oleh suaminya apabila mengetahui yang isterinya curang. Orang-orang kampung tidak pasti samada kemalangan yang berlaku itu disengajakan oleh wanita tersebut ataupun sebaliknya. Rohnya tidak aman.

Sebelum kami berangkat, pakcik tersebut menunjukkan kubur wanita itu. Aku sempat menghadiahkan alfatihah dan mendoakan semoga dosa-dosanya diampun. Sipemandu tidak mengikut kami. Dia cuma menunggu didalam lori. Sewaktu dalam perjalanan pulang, sipemandu melarang aku menceritakan perkara yang sebenarnya kepada sesiapa pun apabila kami sampai ketempat kerja nanti. Aku kurang pasti kenapa. Mungkin kerana dia malu diatas apa yang telah berlaku.
Yang pastinya aku telah memberitahu kepada semua pembaca sekelian tanpa pengetahuan sipemandu. Semoga sama-sama kita mengambil ikhtibar.

                                                                                                               Bekas Kelindan

Picture

Cerita Lain....

Ke Laman Utama